Koperasi Warisan Polis Terengganu Berhad

Berdaya maju memberikan lebih kemudahan, faedah dan manfaat

kepada anggota koperasi

Perladangan | Perlombongan | Perhotelan | Perlaburan | Kebajikan | Pusat Dialisis
Haji Suhaimi Bin Yaacob
Haji Suhaimi bin Yaacob
Pengerusi Koperasi Warisan Polis Terengganu berhad
Ucapan khas Pengerusi

Assalamualaikum kepada semua anggota Koperasi Warisan Polis Terengganu Bhd. yang saya hormati.

Bagi pihak Koperasi, rasanya belum terlambat lagi mengucapkan selamat berpuasa dan beribadah di bulan yang penuh dengan Barakah ini. Alhamdulillah bersyukur kita kepada Allah AWT yang telah memberi Rahmat dan rezeki kepada koperasi kita dan sebagaimana yang dijanjikan, sumbangan tabung pengajian sejumlah RM1,000.00 telah diberikan kepada anggota pada akhir bulan Februari 2025 

Mempertingkatkan ekonomi dan pendapatan

Pelaburan dan Perkhimatan

Melantik Sandemas Trading Sdn Bhd untuk menjalankan kerja-kerja penanaman semula kelapa sawit dan menuai serta menjual hasil kawasan ladang di sekitar Terengganu.

Haji Suhaimi bin Yaacob
Jawatankuasa Perladangan & Pengurusan

Melantik Syarikat Imbangan Jaya Sdn Bhd untuk menguruskan kawasan perlombongan di Terengganu dengan skala kecil dan sederhana.

Dengan beberapa pertambahan kawasan baru, diyakini dapat memaksimumkan sumber pengeluaran pada masa depan.

Haji Suhaimi bin Yaacob
Jawatankuasa Perlombongan

Mengorak langkah mengembangkan perniagaannya dalam bidang hospitaliti dengan kerjasama WMA Hotel Management bagi menguruskan bangunan Hotel Bajet KWPTB.

Haji Na'aim bin Mohammad
Jawatankuasa Perhotelan
Beberapa cadangan dan perancangan sedang giat dijalankan seperti mengusahakan perniagaan pasaraya, penternakan, perikanan dan pertanian bagi menambah sumber pendapatan koperasi bagi manfaat anggota koperasi.
Haji Suhaimi bin Yaacob
Jawatankuasa Pelaburan & Kewangan

Menjalankan perkhidmatan kebajikan seperti Tabung Bantuan Kecemasan, Tabung Bantuan Peralatan Kesihatan, Tabung Dermasiwa dan Tabung Kebajikan Am. Selain itu sumbangan Khairat Kematian juga akan diberikan mengikut syarat-syarat yang ditetapkan oleh KWPTB.

Haji Nagib bin Ismail
Jawatankuasa Kebajikan & Khairat Kematian

Bagi menyeru saranan daripada SKM di dalam Strategi teras ketiga yang digariskan di dalam Dasar Koperasi Negara (DKN) 2011 – 2020 iaitu mewujudkan dan Meningkatkan Keupayaan Modal Insan Koperasi.

En Mohd Farid bin Mohd Fauzi
Jawatankuasa Pembangunan Hartanah & Pembinaan

Bahagian Multimedia berfungsi untuk mengendalikan semua aspek berkaitan media digital dan interaktif untuk menyokong pelbagai inisiatif koperasi serta memastikan komunikasi yang efektif dengan anggota dan pihak berkepentingan.

Haji Nagib bin Ismail
Jawatankuasa Multimedia
Anggaran Pendapatan

Pendapatan dan Perbelanjaan 2023

Pendapatan Utama

RM 7,480,000
00
  • Jualan buah sawit (8,800 tan metrik x RM 850.00 / tan metrik)

Campur : Lain-Lain Pendapatan

RM 537,000
00
  • Dividen, Faedah Simpanan Tetap, Hibah, Pelbagai

Kos Langsung Perngeluaran

RM 3,420,600
00
  • Membaja, meracun, Tuai buah, Angkut buah, Selenggara ladang, Nurseri, Pengankutan ladang, Lain-lain

Kos Tidak Langsung

RM 293,000
00
  • Peralatan/perkakasam, Pengairan/perparitan, Selenggara jalan/titi, Sempadan/pemagaran, Selenggara mesin/jentera, Selenggara RAMP/timbang, Pelbagai

Perbelanjaan

RM 2,275,155
00
  • Gaji,elaun & saguhati, KWSP, Perkeso, Perubatan kakitangan, Pakaian seragam pengawal, Kursu & latihan kewangan, Kurus/seminar, Elaun JAD, dan Lain-lain

Untung Bersih

RM 2,028,245
00
  • Jangkaan Untung bersih pendapatan tahun 2023